Baru-baru ini, Lee Jun-young telah muncul sebagai tetamu dalam program JTBC “Dining Together”, di mana lelaki itu kali pertama bercakap tentang kehidupan percintaannya.
Pada awalnya, Lee Jun-young mengaku bahawa dia bukanlah seseorang yang dah banyak kali bercinta sebelum ini.
Tambahnya lagi sambil ketawa,
Awak tahu kan bila orang dalam rancangan hiburan cerita bagaimana mereka sering dipikat oleh rakan selebriti? Itu tak pernah berlaku kepada saya. Tidak pernah sekali pun.
Balas pengacara Tak Jae-hoon,
Kenapa awak tak buat langkah pertama dulu kalau begitu?
Jawab pelakon “Weak Hero Class 2” itu,
Saya rasa saya tiada keberanian seperti itu. Saya akan jadi sangat bingung sampai tak tahu nak cakap apa.
Pemalu rupanya Lee Jun-young ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Tak Pernah Sekali Pun” – Lee Junyoung Akui Tiada Selebriti Wanita Pernah Cuba Dekatinya first appeared on KimchiDaily.my.
