“Saya Minta Maaf” – Tular! Lee Junyoung Salah Dengar, Naik Pentas Untuk Terima Anugerah Milik Lee Junhyuk

EntertainmentLifestyle
19 Jul 2025 • 10:58 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pada malam semalam, anugerah Blue Dragon Series Awards telah berlangsung, bagi memberi penghargaan buat pelakon dan drama terbaik pada tahun ini.

Ketika pemenang untuk Popular Star Award diumumkan, Lee Jun-hyuk telah dipanggil sebagai penerima anugerah namun, Lee Jun-young yang naik ke atas pentas memikirkan namanya dipanggil.

Selepas sedar bahawa dia tersilap dengar, Lee Jun-young dengan cepat meminta maaf dan terus memberikan trofi itu kepada pemenang yang sebenar.

Meskipun sudah meminta maaf secara peribadi, pelakon “The Impossible Heir” itu sekali lagi menulis permohonan maaf menerusi Instagram, kepada Lee Jun-hyuk dan peminatnya. Tulisnya,

Saya membuat kesilapan tak masuk akal kerana saya tak dapat dengar dengan baik di sana. Kepada Lee Jun-hyuk sunbaenim dan peminatnya, saya minta maaf sekali lagi. Tahniah atas anugerah anda!

Balas Lee Jun-hyuk,

Jun-young, terima kasih kepada awak, ia menyeronokkan jadi, jangan risau sangat. Saya juga buat kesilapan yang sama semasa Asia Artist Awards. Saya rasa mungkin ini takdir kita. Lain kali jom pergi makan bersama.

Takpelah, semua orang buat silap!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.