“Tak Pernah Sekalipun Dia…” – Erra Fazira Dipuji Tidak Pernah Sebar Aib Pasangan Usai Perceraian

LocalEntertainment
9 Oct 2024 • 11:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dipuji kerana tidak pernah menyebarkan aib bekas pasangannya walaupun sudah berpisah.

Menerusi sebuah posting di Threads, seorang individu memuji pelakon itu kerana tidak pernah bercerita mengenai bekas tunangnya, Datuk Awie dan bekas suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.

image is not available

Bagusnya beliau, pernah 1 kali putus tunang, 2 kali mengalami kegagalan rumah tangga, tapi tak pernah sekalipun dengar beliau buka aib lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat banyak sokongan daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

image is not available

Sekadar info, Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, pernah melangsungkan majlis pertunangan bersama Datuk Awie pada tahun 1996 dan putus di tengah jalan pada tahun 1998.

Erra Fazira kemudiannya berkahwin dengan Datuk Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun bercerai selepas tiga tahun membina rumah tangga.

Kemudian, Erra Fazira mendirikan rumah tangga keduanya bersama Engku Emran, mereka dikurniakan seorang puteri, Engku Aleesya, 15, namun bercerai selepas tujuh tahun bersama.

image is not available 7 months ago

"Ini Adalah Proses, Saya Perlu Tempuhi.." - Erra Fazira Akui Membesarkan Anak Gadis Semakin Mencabar, Masih Dipantau Ketat