Tak Puas Dalam Perkahwinan, Ini Lima Sebab Kenapa Lelaki Curang

Family & Parenting
14 Mar 2023 • 5:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
curang

Selalu kita dengar berita saban hari mengenai kes curang dalam pasangan yang telah berkahwin terutama sekali buat pasangan lelaki.

Tetapi, kadang kita terfikir apakah faktor bagi mereka untuk berbuat demikian? Jom, kita ikuti penerangan daripada theAsianparent.

Sebab lelaki curang

image is not available

Sekadar suka-suka

Lelaki amat terkenal dengan sikap ego mereka. Oleh itu, mereka sanggup curang untuk menguji sejauh mana isteri sayang padanya. Dalam pada masa yang sama, mereka mahu melihat adakah mereka masih mampu atau tidak memikat hati wanita yang lain.

image is not available

Rasa tak salah pun curang

Segelintir lelaki berfikir bahawa curang bukan satu kesalahan di mata mereka asalkan tidak melibatkan hubungan intim. Hm, betul ke lelaki?

image is not available

Bosan dengan pasangan

Lelaki cepat bosan dengan pasangan yang terlalu manja dan mengada-ngada. Lelaki pula tak suka berbincang dengan pasangan tapi cuma menunjukkan perubahan tingkah laku sebagai tanda protes. Dalam hal ini, lelaki akan berharap untuk dijodohkan dengan pasangan yang lebih baik dan dapat menggantikan pasangan lamanya.

image is not available

Kekasih lama

Lelaki sangat cepat mengingati semua kenangan lamanya dengan wanita yang pernah dicintainya dulu. Bila kekasih lama bertanya khabar, mereka terdetik untuk berjumpa dan jatuh cinta semula.

image is not available

Rasa diri mereka muda dan menarik

Walaupun berusia, ada lelaki masih berfikir mereka merasakan diri mereka menarik dan muda. Oleh itu, pastikan perempuan sentiasa berhati-hati dan peka dengan perubahan pasangan korang.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media