Tak Puas Hati Bell Ngasri Menang, Peminat Syahmi Sazli Protes Nak Mogok Lapar Seminggu

Entertainment
22 Jul 2023 • 11:26 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sering membawa watak picisan, pelakon Bell Ngasri tak menyangka dia membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular untuk tahun 2023.

Pelakon yang terkenal dengan watak Barkoba ini juga memenangi kategori Artis Komedi Popular mengalahkan empat saingan lain iaitu Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran.

image is not available

Di laman B40 Buat Perangai Apa Harini, penyokong tegar Syahmi Sazli meluahkan rasa kecewa dan memberi satu bintang kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35.

image is not available

Peminat itu juga nak mogok lapar selama seminggu tanda protes kepada keputusan malam tadi. Katanya, Syahmi lebih layak kerana selain berlakon dan membuat lawak, Syahmi juga berjaya mengarahkan filem yang bawa untung besar.

image is not available

Orang ramai bagaimanapun tak bersetuju dengan pendapat lelaki ini. Menurut mereka, Bell Ngasri sememangnya layak mendapat pengiktirafan memandangkan dia sudah lama berbakti menghiburkan masyarakat.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.