Tak puas hati Tesla tukar lorong, rider pukul cermin sisi sebelum dihimpit

Cars
13 May 2024 • 5:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
rider pukul cermin sisi

Tular video memaparkan sebuah kereta jenis Tesla merempuh sebuah motosikal selepas rider pukul cermin sisi kenderaan elektrik itu.

Menerusi satu perkongsian di X, @dellidrus telah memuat naik satu video memaparkan Tesla berwarna merah yang sedang menukar lorong dari tengah ke kiri.

Rider pukul cermin sisi sebelum dihimpit

Sementara itu, sebuah motosikal yang datang dari belakang juga sedang memasuki lorong sama namun terpaksa memperlahankan motornya kerana hampir berlanggar dengan Tesla tersebut.

Berang dengan tindakan kereta Tesla yang turut memasuki lorong yang sama, penunggang motosikal itu dirakam memukul cermin sisi kenderaan elektrik itu.

image is not available

Pemandu Tesla itu kemudian membalas tindakan penunggang motosikal itu dengan merempuhnya sehingga penunggang itu melanggar penghadang di tepi jalan dan terjatuh.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyalahkan penunggang motosikal itu kerana memulakan pergaduhan itu dengan memukul cermin sisi Tesla.

Macam motor tu hina sangat kalau tekan brek

image is not available

Motor tu ‘mencilok’ sana sini

image is not available

Betul la Tesla tu marah, mat moto cari pasal dulu

image is not available

Dalam pada itu, netizen juga menyalahkan pemandu Tesla itu kerana tindakannya mengundang kecedaraan bukan sahaja kepada penunggang motosikal itu namun terhadap orang lain di atas jalan raya itu.

Wow, Tesla bagi signal terus masuk

image is not available

image is not available

Boleh berhenti kan, bincang

image is not available

Tukar lorong kena pelan2, bukan terus masuk

image is not available

Namun begitu ada juga warganet yang menyalahkan kedua-dua pemandu Tesla dan penunggan motosikal itu kerana sepatutnya salah seorang daripada mereka perlu mengalah.

Dua2 tak nak mengalah, dua2 salah

image is not available

Rider pukul cermin sisi, Tesla pula langgar

image is not available

Tak tahulah nak kata apa, dua-dua ada salahnya. Mungkin dua-dua rushing nak pergi kerja kot.

Sumber: X @dellidrus