Tular Video Papar Akhyar Rashid Kesakitan, Didakwa Jadi Mangsa Samun & Pukul Di Terengganu

Entertainment
3 May 2024 • 10:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malam tadi, tular sebuah video di X memaparkan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid didakwa berada di sebuah pusat perubatan dalam keadaan sakit dan cedera di kepala.

Akhyar didakwa menjadi mangsa samun dan pukul dalam satu kejadian yang dikatakan berlaku di Terengganu.

Difahamkan Akhyar yang menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) musim ini telah mengalami kecederaan di bahagian kepala kerana dipukul oleh individu yang tidak dikenali, lapor Harian Metro.

Setakat ini, punca kejadian masih lagi tidak diketahui sama ada ia bermotifkan rompakan atau dendam dan keadaan terkini pemain itu juga masih menjadi tanda tanya.

Hasil carian di laman Instagram Akhyar juga mendapati pemain bola sepak tersebut tidak memuat naik sebarang perkembangan terbaharu mengenai dirinya.

Akhyar menyertai TFC pada Februari lalu secara pinjaman dari juara Liga Super 10 berturut-turut, Johor Darul Takzim (JDT).

image is not available

Dia juga yang beraksi di bahagian serangan menjadi sandaran skuad Penyu untuk bergandingan bersama seorang lagi pemain yang dipinjamkan dari Harimau Selatan, Safawi Rasid.

Semoga Akhyar cepat sembuh dan dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber: Harian Metro, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.