Tak Pulang Rumah Sejak 12 Mac, Sekolah & Ibu Minta Bantuan Tolong Kesan Anak

15 Mar 2024 • 9:44 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tak Pulang Rumah Sejak 12 Mac, Sekolah & Ibu Minta Bantuan Tolong Kesan Anak

Seorang pelajar perempuan Sekolah Kebangsaan Perempuan Pudu 1 (SKKP1) dilapor tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lepas.

Susulan itu, sekolah berkenaan melalui laman Facebooknya telah meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pelajar berkenaan, Siti Dhia Batrisyia bt Mohd Chairil.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang murid dari SK Perempuan Pudu 1 yang bernama Siti Dhia Batrisyia bt Mohd Chairil Anuar telah didapati tidak pulang ke rumah sejak 12 Mac 2024,” kata sekolah berkenaan.

Menurut hantaran itu lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat kehilangan pelajar berkenaan, boleh memaklumkan kepada pihak sekolah atau guru-guru SKKP1.

“Anda (juga) boleh menghubungi ibunya di talian 012-641 1600,” kata sekolah itu lagi.

Di akhir hantaran itu, sekolah berkenaan berharap adik Dhia ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.