
KUALA LUMPUR - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih mendahului dan kekal kukuh di beberapa kawasan.
Setakat jam 8.35 malam, GRS mendahului dengan 21 kerusi iaitu Banggi, Pitas, Pintasan, Tempasuk, Sulaman, Limbahau, Kawang, Pantai Manis, Membakut, Klias.
Kuala Penyu, Kundasang, Karanaan, Paginatan, Kemabong, Sugut, Labuk, Sungai Manila, Kuamut, Apas, Balung dan Tanjung Batu.
Sementara itu, Warisan ketinggalan dengan 12 kerusi, Barisan Nasional (BN) (8), Bebas (2) dan UPKO (1).
Keputusan tidak rasmi itu juga menyaksikan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick, memenangi kerusi Kadamaian. - Getaran, 29 November 2025
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL
