Tak Risau Hal Masak, Mimi Lana Pun Cuba Resipi Khairul Aming - “Saya Pelajar Kelas Depan KA, Kuih Belum Cuba Sebab..."

3 Apr 2025 • 2:56 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Mini Lana tidak ketinggalan mencuba kebanyakan resipi dari video pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming.
 

Suka cuba resipi Khairul Aming


Menurut Mimi, antara resipi yang dicuba ialah asam pedas, rendang, sup daging dan sup ayam.



“Mengenai masakan jangan risau, Khairul Aming ada, saya pelajar kelas depan.

“Saya pernah cuba resipi asam pedas, rendang, sup daging dan sup ayam, cuma untuk kuih muih sahaja yang saya belum pernah buat sebab saya tengok ramai yang gagal di TikTok,” katanya kepada Gempak.


Setakat ini resipi menjadi


Mengulas lanjut mengenai resipi, Mimi berkata setakat ini resipi yang dicubanya itu menjadi.



“Setakat ini, semua resipi Khairul Aming yang saya cuba itu menjadi. 

“Saya juga ada baca komen daripada pengikut di media sosial. Mereka kata saya mungkin pelajar (kelas masakan Khairul Aming) kelas depan," ujarnya.


Terdahulu, tradisi memasak juadah sahur dan berbuka puasa dari video resipi Khairul Aming yang terkenal dengan kandungan 30 Hari 30 Resipi setiap kali Ramadan menjadi ikutan netizen.



Bagaimanapun tahun ini agak berlainan apabila Khairul Aming diuji dengan pelbagai ragam dan kejadian menarik yang dikongsi oleh netizen.



Malah ada video netizen ditujukan kepada Khairul Aming dengan judul 'Kepada Khairul Aming, kita orang buat tak jadi!' menunjukkan hasil masakan yang tidak seperti diharapkan.



Difahamkan terdapat lebih 150 video tersebut yang dimuat naik di aplikasi TikTok.



Sebelum ini, Khairul Aming pernah berpesan kepada mereka yang ingin mencuba masakannya itu supaya tidak 'derhaka' resipi dikongsikan.



Namun momen momen lucu video perkongsian metizen itulah yang memeriahkan lagi keadaan sehingga timbulnya pelbagai gelaran ‘kelas Khairul Aming’ di media sosial.



Selain Mimi, personaliti media sosial iaitu Leona juga turut mencuba resipi Khairul Aming.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved