“Tak sabar nak tengok!” – Netizen ‘Excited’ Tunggu Video Sofyank Dengan Bintang Filem Ant-Man

Entertainment
5 Feb 2023 • 12:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Sofyank tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia yang sering melayari media sosial. Sering tampil dengan video kesan khas dan magik, skill menyunting video yang dilakukan Sofyank telah beberapa kali mendapt perhatian di peringkat antarabangsa.

Terkini, Sofyank telah bertemu barisan bintang Ant-Man untuk melakukan proses rakaman video terbaharunya yang bakal dilancarkan tak lama lagi.

Dalam video yang dimuatnaik sendiri oleh Sofyank di Twitter, kelihatan beliau saling berpelukan dengan bintang utama filem adi wira itu, Paul Rudd. Korang boleh tengok video @sofyank96 kat bawah ni.

Netizen tumpang bangga

Setakat artikel ini ditulis, video yang dimuatnaik Sofyank itu telah mendapat lebih satu juta tontonan, lebih lima ribu ulang ciap dan lebih 18 ribu sukaan.

Pastinya netizen yang turut tumpang bangga dengan pencapaian Sofyank tidak sabar untuk menunggu dan menonton sendiri video yang bakal diterbitkannya.

image is not availableRupanya Soyfank dijemput oleh Disney. Maknanya bukan calang-calang lah bakat yang anak tempatan kita ada, sampai Disney pun jemput kan.

image is not availableKalau dapat cameo pun kira baik sangat tu. Setakat dijemput untuk shoot content pun min rasa dah cukup hebat, ini dapat pulak masuk filem Marvel.

image is not availableBetul, nampak Paul Rudd pun selesa dengan Sofyank. Bukan semua orang dapat jumpa dengan bintang Hollywood, ini kena peluk pula. Untung betul Sofyank ni.

image is not availableYang ini min sangat setuju. Content yang Sofyank selalu publish pun sangat kreatif dan luar biasa. Min selalu tunggu content dari Sofyank, tak kira lah apa sekali pun.

image is not availableTahniah Sofyank, anda telah buat semua rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian luar biasa anda. Terus semangat untuk buat content yang lebih menarik.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.