Tak sabar tunggu duet Aina Abdul, Ernie Zakri

EntertainmentMusic
8 Nov 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tak sabar tunggu duet Aina Abdul, Ernie Zakri

Nama dua penyanyi bersuara emas, Aina Abdul dan Ernie Zakri kembali meriah menghiasi laman media sosial.

Pada awalnya Diva ingatkan peminat kedua-dua penghibur tersebut sedang bercakar, rupa-rupanya gara-gara video masing-masing menyanyikan lagu milik satu sama lain.

Aina tampil mengalunkan lagu Pinta, manakala Ernie pula mempamerkan kehebatan vokalnya menerusi lagu Bluest Sky.

Menariknya, perkongsian tersebut mengundang keterujaan peminat sehingga ramai mula memasang angan-angan mahu melihat kedua-dua penyanyi itu bergabung dalam sebuah projek duet.

Ada juga berpendapat kolaborasi mereka pasti menjadi antara karya paling dinanti-nantikan memandangkan kedua-dua mereka memiliki kekuatan vokal serta identiti muzik tersendiri.

Diva sendiri bersetuju benar dengan permintaan tersebut. Kalau dua penyanyi sehebat ini disatukan dalam sebuah lagu, mahu bergegar corong radio dibuatnya!

Aina terkenal dengan lontaran vokal luar biasa dan persembahan penuh dramatik, manakala Ernie pula memiliki keistimewaan tersendiri menerusi kawalan vokal serta penghayatan lagu.

Bayangkan kedua-dua mereka bertukar nada tinggi dalam sebuah lagu, meremang bulu roma Diva dibuatnya.

DIVA: Sama cantik sama padan Dr. Fie dan Kapten Amrul. Tahniah pengantin baharu, semoga bahagia hingga ke syurga!

The post Tak sabar tunggu duet Aina Abdul, Ernie Zakri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved