Dua hari bini terlewat masak, ‘scroll’ video BASS

Family & ParentingLifestyle
11 Oct 2026 • 7:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua hari bini terlewat masak, ‘scroll’ video BASS

PETALING JAYA – Gara-gara leka menonton video pernikahan pasangan popular, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah, ada suami yang terpaksa berlapar apabila isteri masing-masing lambat menyediakan hidangan hujung minggu ini.

Fenomena pasangan yang menjadi perhatian ramai itu bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat, malah turut mengundang perhatian apabila video berkaitan mereka terus menjadi bahan tontonan di media sosial sehingga hari ini.

Bagi pengguna Threads, Aidil Izam, keterujaan isterinya mengikuti perkembangan majlis pernikahan pasangan BASS itu menyebabkan wanita tersebut lewat menyediakan juadah tengah hari selama dua hari berturut.

“Semalam lewat dah masak tengah hari. Nasi siap, ikan sampai sudah dok (hanya) bergaul dengan kunyit. Tak goreng sampai pukul 1 tengah hari. Sedangkan Syed Saddiq dan Bella pagi lagi dah selesai nikah.

“Hari ini pun sama, bila panggil rupanya masih sibuk scroll (menonton) video Syed Saddiq dan Bella. Naya aku dan anak-anak kebulur,” katanya.

Lelaki tersebut turut meninggalkan pertanyaan kepada kaum suami yang lain adakah berdepan situasi sama sepertinya.

“Ada geng ka senasib macam aku dan anak-anak?”

Hantaran tersebut kemudian mendapat lebih 70 komen dan ramai berkongsi nasib sama.

“Lewat masak kiranya dia masak la juga kan. Bini saya terus pesan online. Yang bayar saya. Lagi parah. BASS pun tak kenal bini saya, tapi dia punya beria, alahai…kami kahwin dulu pun dia tak senyum seorang-seorang macam ini,” luah @khmd_zr.

“Syed Saddiq dengan Bella yang kahwin, kita pula yang kena tapau makanan,” kongsi Syahmie.

“Nasib saya, bini dah tanya nak makan apa pagi-pagi, cukup time (masa) saya tanya lah dah siap belim masak, jawapannya jom makan luar bang. Kan Ahad, cuti masak lah. Padahal dari pagi ku perhati dia menghadap telefon, video-video BASS dekat TikTok,” kata @ingkai_nyw.

Semalam, Syed Saddiq dan Bella selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan yang diadakan di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

The post Dua hari bini terlewat masak, ‘scroll’ video BASS appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved