Tak salahkan sesiapa, wanita sebak rumah usia 40 tahun bakal dirobohkan

18 Apr 2024 • 1:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita sebak rumah usia 40 tahun bakal dirobohkan tidak tidak lama lagi kerana ia memegang pelbagai kenangan bersama keluarganya.

Melalui satu perkongsian di TikTok, @jihansukkie7 telah memuat naik beberapa foto memaparkan kediaman dan kawasan sekeliling rumah.

Wanita sebak rumah usia 40 tahun bakal dirobohkan

image is not available

Menurutnya, sambutan Aidilfitri pada tahun ini merupakan yang terakhir di rumah itu buat keluarga mereka kerana ia akan dirobohkan bagi memberi jalan kepada pembangunan East Coast Rail Link (ECRL).

“Harga sebuah pembangunan, ECRL. Al kisah 1542, Kampung Banggol Karah Syurga yang kami diami sejak 1984. Ayah, emak dan sembilan beradik membesar di sini.

image is not available

“Dari rumah kayu, ayah kerja keras, besarkan, tambah konkrit. Saban tahun, sambut raya dan berkumpul satu keluarga di sini. Tempat jatuh bangun anak-anak ayah dan emak,” katanya.

Dalam pada itu, Jihan turut berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana harta di dunia bukan hak mutlak seseorang.

image is not available

“Tapi terlalu sedih bila syurga yang kami diami dan yang kami berteduh terpaksa dirobohkan demi sebuah.

“Tidak menyalahkan sesiapa, kerana harta di dunia ni bukan milik kita pun. Kadang-kadang, apa yang kita sayang tulah terpaksa kita lepaskan,” luahnya.

Tambahnya, dia dan adik beradiknya pulang ke kampung pada hari raya tahun ini untuk mengumpul memori-memori terakhir di rumah itu.

image is not available

“Kami adik-beradik pulang ke kampung kali ini, adalah untuk kali terakhir mendiami rumah syurga kami ini.

“Kutip setiap saki-baki memori yang tersisa di sini. Terlalu sedih bila berkemas dan selak semula album yang lama, rasa macam di tarik semula ke belakang waktu.

“Kami tahu ayak emak lah yang paling sedih. Habis keringat yang diusahakan terpaksa dilepaskan. Setiap masa tengok mereka termenung,” kongsinya.

Wanita sebak rumah usia 40 tahun bakal dirobohkan

image is not available

Bagaimanapun, menurut Jihan, dia meredhai kehilangaan itu dan menjadikannya pengajaran untuk hanya meninggalkan kenangan manis buat ibu dan bapanya.

“Tapi, ini bahagian yang dah tuhan tentukan untuk kami sekeluarga. Menjadi pengajaran untuk kami sekeluarga untuk hargai setiap momen yang masih berbaki dalam nyawa.

“Pengajaran supaya kami sembilan beradik sentiasa tinggalkan kenangan yang manis-manis saja untuk emak dan ayah sementara mereka masih ada, kita tak tahu bila tuhan akan ambil mereka,” katanya.

Sementara itu, Jihan juga berkata dia dan adik beradiknya tidak akan meninggalkan kedua ibu bapa mereka dan akan menyediakan rumah mereka.

Kenangan tak dilupa, wanita sebak rumah usia 40 tahun bakal dirobohkan

image is not available

“InsyaAllah, kami bawa emak dan ayah keluar dari rumah ini, tapi kami tidak akan tinggalkan mereka. Walaupun rumah sementara yang emak ayah duduk nanti kecil saja, kami adik beradik akan ciptakan ‘syurga’ baru untuk mereka,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang menyuarakan rasa simpati mereka kerana kenangan bersama keluarga itu sangat bermakna.

Walaupun dapat pampasan memori tu tak boleh dibeli

image is not available

Nilai sentimental lagi mahal

image is not available

Memori tu sebenarnya yang mahal

image is not available

Terdapat juga warganet yang meninggalkan komen mengucapkan terima kasih atas pengorbanan keluarga gadis tersebut demi kemudahan di masa hadapan.

Terima kasih akak dan keluarga

image is not available

Banyak jasa akak dengan perantau

image is not available

Besar pahala akak dan keluarga

image is not available

Pengorbanan yang sangat besar

image is not available

Besar pengorbanan keluarga mereka, semoga diberikan ganjaran di akhirat nanti…..

Sumber: TikTok @jihansukkie7