Tak Salam Cium Tangan? Polis Siasat Dakwaan Vokalis Kumpulan Muzik ‘Skinhead’ Dikasari

LocalMusic
12 May 2025 • 3:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tak salam cium tangan? Kumpulan muzik tempatan mendakwa vokalis mereka menjadi mangsa serangan kejam oleh sekumpulan lelaki yang didakwa bertindak memukulnya secara beramai-ramai di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial rasmi mereka, kumpulan itu melabel kejadian tersebut sebagai cubaan membunuh, selepas insiden berkenaan turut membabitkan penggunaan senjata.

“Sekumpulan pembuli bacul telah menyerang dan memukul vokalis kami beramai-ramai. Ini adalah cubaan membunuh kerana dalam video, terdapat cubaan mengeluarkan senjata dan memakai tong besi sebagai senjata,” tulis mereka.

image is not available

Tak Salam Cium Tangan? Polis Siasat Dakwaan

Mereka turut mempersoalkan budaya keganasan yang semakin berleluasa dalam ruang seni dan komuniti muzik, khususnya dalam scene skinhead tempatan.

“Serangan ini sangat memalukan untuk scene skinhead JB. Tiada rasa perikemanusiaan atau belas kasihan apabila seorang vokalis yang baru keluar tandas diserang oleh 6 hingga 7 lelaki,” kata kenyataan itu lagi.

image is not available

Menurut mereka, tindakan agresif tersebut dilakukan tanpa alasan yang jelas, dengan salah satu sebab yang didakwa tidak masuk akal ialah kononnya kerana mangsa “tidak salam cium tangan”.

Bukan itu sahaja, kumpulan berkenaan turut mendedahkan insiden lain yang berlaku ketika mereka sedang membuat persembahan.

“Secara tiba-tiba ada seorang lelaki menyimbah air ‘beer’ ke lineup band kami. Tapi bau air itu hancing, maksudnya apa? Itu air kencing lah kot,”soalnya.

image is not available

Sementara itu, polis Johor mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian selepas beberapa video tular berkaitan insiden tersebut dimuat naik di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau turut menyeru orang ramai serta saksi kejadian untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.