Tak Sampai Hati Tengok, Peniaga Nasi Briyani Ini Bagi Kemudahan Wanita Mengandung Tak Perlu Beratur

Entertainment
20 Mar 2024 • 4:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun bermacam-macam reaksi tentang makanan yang mereka beli, masih ramai yang memilih untuk pergi ke bazar untuk menjamu selera sempena buka puasa. Maklumlah, ada yang sibuk bekerja, tak sempat nak buat tempahan atau nak masak.

Dalam berpuasa dengan cuaca yang panas ini, seorang penjual di bazar telah memutuskan untuk beri keutamaan kepada pelanggan yang hamil.

Menerusi Wau Post, peniaga Nasi Briyani yang telah memulakan perniagaannya di bazar yang bertempat di Taman Melawati sejak awal Ramadan ini mengatakan niat murninya itu tercetus selepas melihat ada pelanggan mengandung beratur ketika panas terik untuk beli makanan.

Di samping itu, peniaga yang dikenali sebagai Faisal ini juga memutuskan untuk menawarkan mereka makanan percuma. Jelasnya dia akan terus menetapkan polisi ini sepanjang berniaga di bazar tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dengan sikap mulianya ini, ramai yang memuji peniaga dan ada juga memuji hasil jualan daripada Faisal ini. Semoga Faisal murah rezeki dan urusan sentiasa dipermudahkan.

Sumber : Wau Post

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.