Tak sampai sehari terima bantuan katil, Zunaidah meninggal dunia

19 Aug 2026 • 6:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tak sampai sehari terima bantuan katil, Zunaidah meninggal dunia

PETALING JAYA – Belum sampai sehari menerima bantuan katil hospital, seorang wanita, Zunaidah Hashim, meninggal dunia pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurut Mohd Noor Helmy, permintaan bantuan katil hospital itu diterima daripada seorang rakannya pada pukul 1.09 petang semalam sebelum katil berkenaan dihantar kira-kira pukul 6.48 petang.

“Dalam percakapan semalam 46 saat pada pukul 1.09 petang semalam, kawan minta tolong katil hospital untuk maknya.

“Katil hantar pukul 6.48 petang semalam. Hari ini pukul 8 pagi dapat makluman mak kawan meninggal dah,” katanya.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Zunaidah.

“Al-Fatihah buat Allahyarhamah Hajjah Zunaidah binti Hashim,” katanya.

Mohd Noor Helmy turut meluahkan rasa syukur katil berkenaan dapat disampaikan segera, sambil membayangkan perasaan terkilan sekiranya bantuan itu lewat dihantar.

“Korang bayangkan kalau katil hospital ni lambat hantar? Sumpah ralat tak sudah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kelewatan penghantaran katil hospital sebelum ini bukan disebabkan petugas yang menguruskannya, sebaliknya berdepan kekangan kenderaan.

Katanya, kenderaan pacuan empat roda (4×4) milik Wakaf Japerun Duyong mengalami kerosakan teruk, menyebabkan pihaknya perlu menunggu kenderaan alternatif yang sesuai.

“Biasanya katil ni lambat hantar bukan salah Sabri. Masalahnya 4×4 Wakaf Japerun Duyong dah rosak teruk.

“Jadi kena tunggu 4×4 Dak Black free. Dak Black ni boleh tahan sibuk juga kadang-kadang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai khususnya penduduk sekitar Duyong yang berhasrat melakukan amal kebajikan untuk tampil membantu menyediakan pengangkutan bagi penghantaran katil hospital secara percuma.

Menurutnya, pihaknya tidak mencari perkhidmatan berbayar, sebaliknya individu yang mahu membantu dengan ikhlas dan menggembirakan mereka yang memerlukan.

“Kalau ada yang nak sama buat baik, jadi tukang hantar katil, tinggalkan contact number kat komen. Ada keperluan nanti Sabri call (hubungi).

“Kami nak cari orang yang kejarkan pahala dan keseronokan menggembirakan orang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Tak sampai sehari terima bantuan katil, Zunaidah meninggal dunia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved