Tak sampai sehari tiba di Malaysia, ZRA terus kembali suarakan nasib P4lestin. 'Semalam keletihan, 7 hari tidak bersiaran'

9 Oct 2025 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SUKARELAWAN dan aktivis Global Sumud Flotilla, Zainal Abidin Rashid sentiasa menjadikan perjuangan kemerdekaan P4lestin sejak 2023.

Terkenal dengan panggilan ZRA, dia yang kini kembali dari menyertai misi GSF, pantas menyambung perjuangannya untuk negara itu menerusi platform media sosial, ZRA Strim.

Dalam satu hantaran video, bekas wartawan berkaliber itu  dilihat kembali bersiaran selepas tujuh hari tidak muncul di laman sosial susulan diculik tentera penjajah haram.

"Saya selamat kembali (ke rumah) dan terus ke studio kerana semalam (Selasa) saya sudah keletihan selain, kita sudah tidak bersiaran selama tujuh hari.

image is not available

"Kita akan terus memperjuangkan kisah Palestin sama seperti mana kita lakukan sejak 7 Oktober 2023.

"Hari ini genap 731 hari, kita tidak pernah berhenti bersiaran langsung mengenai P4lestin sama ada di Facebook atau TikTok," katanya menerusi video pada Rabu.

Figura berusia 58 tahun itu tidak asing lagi dalam bidang kerwartawanan, penyiaran dan penulisan. Merangkul tujuh hadiah kewartawanan dan 46 anugerah sastera, beliau terkenal sebagai wartawan Malaysia yang pertama berjaya menyelinap masuk dan merakamkan keadaan umat Islam di Isr4el dan P4lestin melalui sebuah dokumentari Majalah Tiga pada tahun 2005.

Terdahulu, ZRA bersama 26 sukarelawan lain tiba di  tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 1 pada malam Selasa dari Turkiye.

Khamis lalu, 23 aktivis GSF telah ditahan tentera zi0ni5 selepas kapal dinaiki mereka dipintas ketika memasuki perairan G4z4.

Sumber: Facebook 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved