Tak Sampai Sehari Umum Pembukaan Rasmi, Restoran Rembayung Khairul Aming Terima Reviu Negatif – “Apa Jenis Dengki Lah”

LocalFood
9 Dec 2025 • 9:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Restoran pertama Khairul Aming, Rembayung, baru sahaja diumumkan semalam tetapi di Google Reviews, sudah muncul beberapa ulasan negatif walaupun restoran itu belum pun dibuka secara rasmi.

Fenomena pelik itu mula disedari netizen selepas beberapa tangkap layar tersebar menunjukkan Rembayung menerima rating rendah dan komen-komen sinis daripada individu tidak dikenali.

Advertisement

image is not available
image is not available

Lebih menghairankan, ada review yang ditinggalkan lengkap dengan komen panjang, seolah-olah pelanggan sudah datang makan di restoran tersebut, sedangkan bangunan itu masih dalam proses akhir sebelum pembukaan.

Situasi itu mencetuskan tanda tanya ramai.

Di media sosial, pengguna meluahkan rasa hairan dan menganggap tindakan tersebut tidak matang serta berniat buruk.

Restoran pun belum buka, tapi dah boleh bagi review? Pelik betul manusia zaman sekarang.

Tak payah dengki sangat, bagi la dia buka dulu.

Ini confirm orang tak puas hati dengan kejayaan KA.”

Ada juga yang mempertahankan Khairul Aming, mengatakan bahawa review sebegitu adalah cubaan menjatuhkan reputasi awal restoran berkenaan sebelum ia sempat beroperasi.

View this post on Instagram

Pengumuman Rembayung sebelum ini menerima sambutan luar biasa kerana ia merupakan projek terbesar Khairul Aming menelan kos RM4 juta, dibina dari tanah kosong di Kampung Baru, dan menandakan langkah pertama beliau ke dunia F&B fizikal selepas 10 tahun kejayaan dalam dunia digital.

Netizen berharap agar Khairul Aming dan pasukannya tidak terkesan dengan review palsu tersebut dan percaya bahawa setelah restoran dibuka, sambutan pelanggan sebenar pastinya lebih tepat mencerminkan kualiti Rembayung nanti..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-09 17:13:22

Khairul Aming Umum Buka Restoran Pertama, Projek RM4 Juta Dibina Di Kampung Baru - "Selamat Datang Ke Rembayung"

The post Tak Sampai Sehari Umum Pembukaan Rasmi, Restoran Rembayung Khairul Aming Terima Reviu Negatif – “Apa Jenis Dengki Lah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.