
Restoran KA Belum Buka, Tapi Dah Dapat Banyak “Review” Di Google
Pengumuman pempengaruh, Khairul Aming (KA) mengenai pelancaran restoran pertama miliknya membuatkan orang ramai teruja.
Bermula dari memasak di dapur rumahnya, ramai yang turut terharu dengan perjalanan kerjaya usahawan itu yang kini berjaya membina restoran yang dinamakan Rembayung.
Walaupun masih belum dibuka secara rasmi kepada orang awam, namun hampir 700 orang dilihat telah meninggalkan ulasan mengenai restoran itu di Google.
Rata-rata dari mereka memberikan lima bintang meskipun belum merasai makanan dan pergi ke restoran itu.
Berikut antara ulasan yang diberikan:








Ulasan-ulasan ini bukan sahaja menunjukkan keterujaan orang ramai untuk merasai hidangan yang ditawarkan, tetapi juga sebagai salah satu bentuk sokongan terhadap KA.
Terdahulu, KA berkata pembinaan restoran itu menelan modal sebanyak RM4 juta.
“Dengan menelan modal RM4 juta, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kampung Baru, jarak sembilan minit dari KLCC.
“Ini adalah pelaburan terbesar KA pernah buat untuk satu projek,” katanya.
Sumber: Google
The post Restoran KA Belum Buka, Tapi Dah Dapat Banyak “Review” Di Google appeared first on Siakap Keli.
