‘Tak sanggup lihat Najib terus dalam penjara’ – Zahid Hamidi

LocalPolitics
22 Dec 2025 • 8:17 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan harapan agar Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan, sambil menegaskan beliau tidak sanggup melihat bekas Perdana Menteri itu terus berada di sebalik tirai besi selepas tiga tahun menjalani hukuman penjara.

Memetik laporan Berita Harian, Ahmad Zahid yang menyifatkan Najib sebagai sahabat baiknya berkata, pengampunan berkenaan diharap dapat dipertimbangkan dalam masa terdekat.

“Kita harus mengakui hakikat bahawa Najib telah berada dalam penjara selama tiga tahun dan saya serta kita semua tidak sanggup melihat beliau terus meringkuk di dalam penjara,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan pengampunan bagaimanapun terletak sepenuhnya di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Benar kita berdoa dan berharap, namun jangan desak atau menekan Tuanku. Baginda lebih mengetahui masa dan keputusan yang akan dibuat,” katanya.

Baca juga:

Tambahnya, beliau akan terus berdiri bersama Najib serta memperjuangkan nasib bekas Presiden UMNO itu tanpa berbelah bahagi sehingga ke akhir hayatnya.

Sementara itu, pada Isnin, bekas Ahli Parlimen Pekan itu dijangka mengetahui keputusan sama ada dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di rumah atau sebaliknya.