“Tak Sanggup Tengok Dia Kerja Berat” – Kak KM Nafi Anak Dibuang Kerja

LocalFamily & Parenting
23 Jul 2025 • 10:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kak Km Nabila

Anak kepada usahawan popular, Kak KM iaitu Nabila menjadi tumpuan apabila berhenti kerja sebagai pramugari di Singapura.

Lebih mengejutkan, Nabila tak sampai sebulan pun bekerja dan dia tiba-tiba pulang ke tanah air.

Lapor mStar, rupa-rupanya Kak KM sendiri yang minta Nabila berhenti kerana tidak tahan tinggal berjauhan.

Dia juga tak sanggup melihat Nabila melakukan kerja-kerja berat yang ditugaskan. Disebabkan itu, usahawan ini sanggup membayar penalti kerana melanggar kontrak di mana anaknya patut berkhidmat selama 5 tahun.

Kak KM tak sanggup tengok anak kerja berat

image is not available

Menurutnya, Nabila mungkin berdepan penalti mencecah RM50,000 namun buat masa ini pihak syarikat masih membuat pengiraan jumlah sebenar.

Kak KM juga menafikan dakwaan anak diberhentikan kerana tidak layak, sebaliknya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kerjaya itu selepas dinasihatinya sendiri.

“Dia memang pekerja baik, tapi saya tak sampai hati”

image is not available

Menurut usahawan tersebut, dia tidak kisah sekiranya masyarakat menganggap dirinya terlalu memanjakan anak-anak kerana sebagai ibu, beliau hanya mahu memberikan yang terbaik untuk keluarga.

Biasalah penalti yang perlu dibayar kepada syarikat antarabangsa ini bukan sikit tetapi tak mengapa bagi saya duit boleh cari. Bagi saya membesarkan anak-anak ini tak perlu nak marah-marah. Jadi saya tak kisah kalau langgar kontrak pun tak ada masalah, saya bayar sahajalah.

Dalam masa sama, Kak KM menyelar dakwaan segelintir netizen yang menuduh Nabila sebenarnya tidak pernah diterima bekerja di syarikat penerbangan tersebut.

Tambahnya lagi, keputusan untuk berhenti kerja dibuat selepas melihat keadaan Nabila yang tidak tahan bekerja berat serta kesukaran berjauhan dengan keluarga.

Saya tidak rasa dia boleh bekerja, tambah pula ini pengalaman pertama dia bekerja. Kedua, dia tak pernah berjauhan dengan keluarga dan saya tak sanggup tengok dia kerja berat macam itu.

Kak KM turut menafikan dakwaan yang menyatakan anaknya tidak pernah berangkat ke luar negara untuk tugasan tersebut.

Pssttt! Bagi sesetengah ibu bapa, kebahagiaan dan kesihatan anak lebih penting daripada kerjaya. Lagi pula Kak KM mampu tanggung anak-anaknya kan..

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.