'Tak sangka beli baju menang kenderaan EV bernilai RM130,000'

LocalCars
2 May 2026 • 7:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Tak sangka beli baju menang kenderaan EV bernilai RM130,000'
Pembelian tujuh baju -T sempena acara RXZ Fighters 3.0 bernilai hampir RM600 membawa tuah buat pekerja landskap di sini apabila salah satu kupon pembelian 'naik' untuk hadiah utama cabutan bertuah acara itu pada Sabtu.
Image from: 'Tak sangka beli baju menang kenderaan EV bernilai RM130,000'
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal (lima kiri) bersama penganjur meraikan Khairil Azizi (tiga kanan) selepas diumumkan pemenang hadiah utama cabutan bertuah RXZ Fighters 3.0 pada Sabtu.

KUANTAN - Pembelian tujuh baju -T sempena acara RXZ Fighters 3.0 bernilai hampir RM600 membawa tuah buat pekerja landskap di sini apabila salah satu kupon pembelian 'naik' untuk hadiah utama cabutan bertuah acara itu pada Sabtu.

Muhd Khairil Azizi Kamaruzzaman, 27 tersenyum lebar apabila membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan elektrik (EV) berharga RM130,000.

Anak Felda Jengka 10 yang hanya menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda ke acara itu langsung tidak menyangka akan membawa pulang hadiah sebesar itu.

**media[3508834]**

"Memang tak sangka awalnya namun selepas nama 'Khairil Jolo' dipanggil sebagai pemenang, hati terdetik itu nama saya walaupun tidak seperti yang ditulis pada kupon penyertaan.

"Yang saya tulis Khairil J-10 (sempena Jengka 10) yang disebut Jolo," ujarnya.

Muhd Khairil Azizi yang masih bujang berkemungkinan akan menggunakan sendiri kenderaan tersebut memandangkan dia tidak memiliki kereta ketika ini.

"Dulu pernah ada kereta Proton Wira tapi telah dijual jadi saya fikir akan guna sendiri kereta ini memandangkan ia kenderaan elektrik yang lebih jimat.

"Memang tidak pernah bayang untuk pakai kenderaan begini apatah lagi membeli sendiri kerana harganya di luar kemampuan," katanya.

Muhd Khairil Azizi antara kira-kira 50,000 pengunjung acara RXZ Fighters 3.0 yang berlangsung di Dataran Serambi Teruntum di sini.

Acara permotoran yang sinonim dengan negeri Pahang khususnya Kuantan itu berlangsung selama dua hari dan telah melabuhkan tirainya pada Sabtu.

Dua lagi lagi pengunjung bertuah masing-masing membawa pulang sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang disediakan sebagai hadiah utama acara tersebut.