Tak Sangka Dapat Jumpa Di Kedai Makan, Niat Asal Nak Bergambar Tapi PMX Tarik Kerusi Suruh Duduk Borak Bersama

LocalPolitics
19 Dec 2024 • 12:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa sangka, ketika sedang menikmati makan bersama keluarga tiba-tiba muncul sosok individu yang sangat dikenali duduk di meja sebelah.

Video dimuat naik seorang individu di TikTok semalam meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi detik ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga datang untuk menjamu selera di restoran tempat dia sekeluarga makan.

Kami semua (sekeluarga) terkesima tiba-tiba PM dan keluarga duduk meja sebelah dekat mamak.

image is not available

Menerusi rakaman itu, Anwar Ibrahim bersama anak dan cucu-cucunya dilihat meluangkan masa dan singgah ke sebuah restoran mamak untuk menjamu selera.

Bapa individu terbabit kemudian mendekati Anwar Ibrahim dan menyampaikan hasrat untuk bergambar dengan individu sangat berpengaruh tersebut.

image is not available

Namun, selepas berjabat tangan Anwar Ibrahim yang dikenali dengan nama samaran ‘PMX’ menarik kerusi di sebelahnya dan menjemput bapa individu itu duduk di sebelah lalu mereka berborak mesra.

Bapa mahu mengambil gambar bersama idolanya DSAI tetapi tiba-tiba beliau mengajak duduk di sebelah. Impian (bapa) menjadi kenyataan.

Menerusi video itu juga, PMX dilihat peramah dan santai berborak dengan bapa individu terbabit malah tidak kisah dengan protokol meskipun beliau merupakan Perdana Menteri.

@syxqrx Still can’t believe i met @Anwar Ibrahim in person DSAI and family is very humble and down to earth. My dad must be so happy. Thank you, PM! #anwaribrahim #primeminister #malaysia ♬ original sound – mentally unstable

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

"Kalau PMX Announce Cuti Seminggu Kami Tak Marah" - 'Non-Stop' Bekerja, Ramai Kagum Dengan Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved