“Terima Kasih Papa, Dah Lama Nak”- Ibu Bapa Hadiahkan Kasut Takraw Ketika Birthday Buat Ramai Sebak [Video]

LocalEntertainment
17 Dec 2024 • 11:00 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Hari jadi merupakan salah satu perkara yang penting buat kebanyakan individu. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada yang suka untuk meraikannya bersama yang tersayang mahupun rakan-rakan.

Kebiasaannya ketika hari jadi ia akan disambut sebagai salah satu cara untuk menghargai seseorang individu dengan memberikan hadiah, majlis, kejutan dan banyak lagi.

Perkara ini secara tidak langsung memberikan kebahagian kepada insan yang tersayang apabila hari jadi mereka diingati oleh orang sekeliling.

Beri kejutan hari jadi pada anak sehingga raih perhatian

Baru-baru ini, satu pasangan suami isteri turut tidak melepaskan peluang untuk meraikan hari jadi anak lelaki mereka dengan membuat kejutan.

Ibu bapa ini memberikan hadiah yang sudah lama diinginkan oleh si anak sehingga membuatkan ramai sebak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Siti Suhani di TikTok, awalnya kelihatan si bapa membawa kek sambil ahli keluarga lain menyanyikan lagu ‘Happy birthday’.

Kelihatan wajah anak lelakinya tersenyum sambil meniup lilin pada kek tersebut. Dia juga dilihat seperti sebak apabila si bapa memeluknya.

Bagi hadiah yang sudah lama diinginkan oleh anak

Tidak lama kemudian kelihatan si bapa pergi ke arah belakang dan memberikan satu beg kasut berwarna hitam pada anaknya.

Sebaik membuka beg kasut itu, kelihatan wajah anak lelakinya seperti terkejut dan langsung melompat ke arah bapa untuk memeluknya.

“Terima kasih papa, abang dah lama nak kasut tu,” katanya sambil menangis memeluk si ayah.

Selepas memeluk ayahnya, kanak-kanak itu kemudian kembali mengambil kasut takraw terbabit untuk memasang talinya.

“Kisah anak sulung yang minta kasut takraw tapi mama tak kerja. Papa bukan orang senang, kalau orang tengok nilai tu murah mungkin bagi kami (sekeluarga) yang suri rumah dengan lima orang anak tengok banyak lagi perlu dibeli.

“Tapi sebelum birthday dia muat naik status, mama dan papa plan nak bagi juga,” kata Siti Suhani di ruang kapsyen.

@sitisuhanionlinemall

Kisah anak sulung yang minta kasut takraw tapi mama tak kerja , papa bukan org senang , kalau orang tegok nilai tuh murah mukin bg kami yg suri rumah 5 anak nie tegok banyak lagi nak perlu dibeli 🥺 , tapi sebelum birthday dia update status , mama & papa plan nak bgi jugak..jom kita layan air mata 😭

♬ original sound – sitisuhani – sitisuhani

Ramai sebak lihat reaksi kanak-kanak

Menjengah di ruangan komen, ramai yang sebak melihat reaksi kanak-kanak tersebut apabila menerima hadiah dari bapanya.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan kanak-kanak tersebut menjadi anak yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.

Ada juga yang mengatakan mereka juga ingin memenuhi impian anak-anak dan tahu ia bukan perkara yang mudah.

“Semoga anak bonda berjaya dunia dan akhirat.”

image is not available

“Berair weh mata, hari ni birthday saya selalunya ayah akan celebrate macam ni lah tapi dah 2 tahun ayah meninggal sekarang tiada siapa dah sambut atau wish macam ni”

image is not available

“Anak-anak sekarang sebenarnya sangat ramai yang beruntung, sebab mak ayah sekarang berusaha nak dapatkan apa-apa yang anak nak…”

image is not available