Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Video yang memaparkan tangisan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa proses pengebumian isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada pagi semalam telah meruntun hati ramai.
Lebih menyedihkan lagi, Tun Dr Mahathir ada memberikan kata-kata yang menggambarkan dirinya seperti masih tergamam dan sedih dengan pemergian isterinya. Katanya, beliau tidak menyangka yang isterinya itu ‘pergi’ pada hari tersebut sedangkan pada hari sebelumnya Allahyarham Tun Hasmah dilihat baik-baik sahaja.
Artikel berkaitan : 70 Tahun Bersama, 6 Moment Sweet Ini Membuktikan Tun M &Tun Dr Hasmah ‘Power Couple’ Di Malaysia
Artikel berkaitan : Menelusuri Perjalanan Hidup Tun Dr Siti Hasmah, Pelopor Doktor Wanita & Tokoh Kesihatan Awam
“Tak sangka” – Tun M
Menerusi video yang dikongsikan di Threads, dapat dilihat Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut hadir untuk menyantuni Bapa Permodenan Malaysia tersebut.
Suasana menjadi lebih hiba apabila Tun Mahathir memberikan kata-kata yang menggambarkan dirinya begitu sugul dengan pemergian isterinya setelah 70 tahun bersama itu.
“Tak sangka dia boleh meninggal dunia hari ini (semalam), keadaan dia baik sahaja sebelum ini.”
Kata-kata daripada Tun Mahathir itu, dilihat menusuk hati ramai malah mereka juga bersedih melihat raut wajah negarawan yang berduka itu. Rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan Tun Mahathir serta memberikan sokongan moral kepada beliau.







