“Tak Sangka FYP” – Lelaki Ini Tak Segan Tayang Result SPM Walaupun Berderet Gagal

17 Jun 2022 • 4:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Keputusan gagal bagi lima mata pelajaran tidak menghalang pemuda ini daripada berkongsi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di media sosial.

Malah, lelaki itu tidak sangka keputusan itu mendapat perhatian ramai sehingga muncul di laman ‘For You Page’ TikTok.

Perkongsian itu ternyata mendapat pelbagai respon daripada netizen. Ada yang memberikan semangat supaya tidak berputus asa, namun ada juga yang kurang senang kerana content sebegitu seolah-olah memberi contoh tidak baik kepada pelajar lain.

image is not available

Dilihat dari video yang dimuat naik semula oleh pihak mStar itu, pelajar terbabit memperoleh lima keputusan gagal (G) iaitu Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains.

Tidak putus semangat, pemuda ini di ruangan komen perkongsiannya berkata akan menyambung pelajaran di pusat kemahiran untuk mengasah skil yang bersesuaian dengannya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved