Tak sangka impian tercapai hasil bantuan rumah SMJ

23 Feb 2025 • 2:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Impian seorang ibu enam anak untuk mempunyai rumah yang lebih selesa akhirnya tercapai selepas bantuan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) untuknya siap di Kampung Labi, di sini.

Bagi Raina Chimlin, 51, bantuan itu adalah hadiah paling istimewa pernah diterimanya kerana sebelum ini beliau hanya mampu memasang angan-angan disebabkan kemiskinan hidup.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Masakan tidak, katanya, dengan dirinya yang tidak mempunyai pendapatan kerana tidak bekerja bagi menjaga suaminya yang diserang strok, sudah tentu beliau tidak mampu membina rumah lebih selesa.

Katanya, mereka berdua hanya berharap kepada pemberian anak-anak yang sudah bekerja yang cukup untuk perbelanjaan makan minum, termasuk ubat-ubatan suaminya setiap bulan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Hanya mampu pasang angan-angan untuk miliki rumah lebih selesa kerana rumah lama sebelum ini selain sempit, keadaannya juga sudah usang malah bertambah buruk apabila sering dilanda banjir.

“Namun, Alhamdulilah semuanya berubah menjadi kenyataan apabila saya menerima bantuan rumah SMJ ini, yang merupakan hadiah paling berharga dalam hidup saya dan suami.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Selepas ini kami dapat berbuka puasa di rumah baharu dan paling penting kami sekeluarga dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa dengan anak cucu tersayang.

“Terima kasih kepada kerajaan khususnya Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) atas bantuan rumah SMJ ini dan penghargaan kepada wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Rainah merupakan salah seorang daripada 10 penerima kunci Rumah SMJ disampaikan Ruslan dalam program lawatan di beberapa kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan, di sini, Jumaat.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun.

Sementara itu, Ruslan yang ditemui berkata, pihaknya sudah melaksanakan keseluruhan pembinaan rumah SMJ di kawasan itu sejak bantuan kerajaan negeri itu dilancarkan tiga tahun lalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri itu memaklumkan sebanyak 40 buah rumah SMJ akan dibina tahun ini bagi setiap kawasan Dun di Sabah berbanding 20 buah sebelum ini.

“Setiap tahun, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperuntukkan 20 buah rumah SMJ dibina di setiap Dun, namun tahun ini jumlah itu ditambah kepada 40 buah menjadikannya 100 buah.

View Original Article