Tak Sangka Ke AJL38, Aisha Retno Lancar Dua Single Serentak & Album Mini A.R - "Masih Tak Percaya, Inilah Nikmat & Rezeki ..."

19 Dec 2023 • 1:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno kini tampil dengan single yang bertajuk ‘Cukuplah’ dan ‘Teduh’ bersama mini album yang diberi nama A.R.

A.R merupakan nama singkatannya Aisha Retno dan mini album itu mengandungi enam buah lagu termasuklah lagu hits seperti Pencarianku. 

Antara senarai lagu dalam mini albumnya adalah Pencarianku, JARAK, Ternoktah, SUTERA dan terbaru ialah Cukuplah dan Teduh. Kesemua lagunya telah diedarkan di bawah syarikat rakaman antarabangsa Sony Music Entertainment Malaysia.

“EP ini merupakan impian saya dalam karier ini yang pastinya mahukan terbaik. Tetapi apa yang penting ia juga merupakan hadiah yang sangat bermakna untuk peminat saya yang tidak pernah berhenti menyokong saya dalam industri ini.

"Saya rasa sangat teruja dan terharu lagu ‘Cukuplah’ dan ‘Teduh’ kini telah berada di seluruh saluran digital platform (Digital Stream Platform) pada hari ini. 

"Cukuplah" adalah lagu yang penuh dengan makna, menggambarkan kesadaran dan nasihat kepada diri sendiri. Lagu ini memberi mesej yang positif bahawa kita seharusnya memiliki keyakinan pada diri sendiri dan tidak selalu berusaha untuk memenuhi harapan orang lain.

"Kita sepatutnya yakin pada diri sendiri. Kesempurnaan itu tidak semestinya menjamin kebahagiaan. Kadang-kadang kita paksa diri kita untuk melakukan perkara luar kemampuan diri demi memenuhi keingininan orang lain," ujarnya.
 








image is not available