Tak sangka! Khairul Aming rupanya pernah ‘reveal’ wajah Teme Abdullah

5 Jun 2024 • 3:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Teme Abdullah

Umum sedia maklum, penulis buku terkenal, Teme Abdullah tidak pernah mendedahkan wajahnya kepada orang ramai sekali gus membuatkan peminat tertanya-tanya bagaimana rupa parasnya.

Malah, baru-baru ini Teme menjadi tumpuan ramai apabila dia muncul menerusi meet and great di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) dengan memakai pelitup muka dan cermin mata bagi menyembunyikan wajah sebenarnya.

Bagaimanapun, usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming rupa-rupanya pernah berjumpa dengan Teme pada tahun lalu namun, lokasi pertemuan tersebut tidak didedahkan.

Teme Abdullah

image is not available

“Akhirnya saya jumpa Teme, terkejut aku dia tegur hahaha. Nice to meet you bro, nanti ada rezeki kita jumpa lagi. All the best for your new book,” ujar Khairul Aming.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai pengikutnya iri hati dan Khairul Aming enggan untuk mendedahkan wajah penulis terbabit bagi menghormati privasinya.

Malah, ada individu meminta usahawan yang berusia 32 tahun itu melukis wajah Teme sebagai ilustrasi buat tatapan mereka.Pun begitu, lukisan yang dihasilkan oleh Khairul Aming telah berjaya menghiburkan netizen.

Teme Abdullah

image is not available

image is not available image is not available

Sekadar info, anak kelahiran Selangor ini telah menyambung pengajian tinggi dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di United Kingdom.

Selepas tamat pengajian, beliau meneruskan kerjayanya dalam bidang yang sama di sebuah firma seni bina di London.

Sebelum bergelar penulis buku, Teme dikenali sebagai Pelukis Jalanan yang melukis bangunan-bangunan di kota tempat pengajiannya iaitu Kota London.

image is not available

Dari situ, Teme terilham untuk menulis sebuah buku yang berpandukan pengalamannya sendiri selama bergelar mahasiswa di United Kingdom yang berjudul Pelukis Jalanan.