
“Orang-orang Sarawak memang sporting!”
‘Tak Sangka Orang Sarawak Macam Ni’ Azfar Heri Teruja Dengan Layanan Warga Kuching. Genap tiga hari konsert terbesar di Sarawak iaitu Borneo Sonic Music Festival 2023 melabuhkan tirainya. Dianggarkan lebih 20 ribu pengunjung telah membanjiri Stadium Sarawak bagi menyaksikan penampilan istimewa daripada artis-artis lokal sehingga ke artis antarabangsa.
Tidak ketinggalan beberapa pempengaruh media sosial tempatan turut menyerikan konsert Borneo Sonic yang julung-julung kali diadakan ini.

Antara influencer yang hadir ke festival muzik ini adalah Azfar Heri, seorang personaliti media sosial yang sering mendapat tumpuan netizen gara-gara sering berkongsi video-videonya yang mencuit hati.
Terbaharu, beliau berkongsi ‘perasaanya’ terhadap layanan dari warga Sarawak di laman Tiktok beliau.
Menurutnya, ‘orang-orang Sarawak memang sporting’ selepas beliau diterjah oleh ratusan peminatnya yang berada di situ pada malam konsert tersebut.

Gara-gara itu beliau terpaksa diapit dan dikawal oleh pihak keselamatan akibat dihimpit oleh peminatnya untuk bergambar.
Tambahnya, beliau juga terkejut dan tidak menyangka kedatangan beliau ke Sarawak disambut baik oleh warga bumi kenyalang itu.

Menariknya, siap ada yang nak tumpangkan beliau ke hotel!
Steady kitak orang!
Bukan itu sahaja, beliau turut menerima beberapa buah tangan daripada warga Sarawak sebagai kenang-kenangan beliau.




