Tak sedar air pasang, wanita terkandas tengah laut

20 Apr 2026 • 10:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang wanita berusia 24 tahun berdepan detik cemas apabila terkandas di beting pasir di Pantai Balok.
image is not available
Lokasi mangsa dianggarkan kira-kira 100 meter dari sisir pantai dan mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

KUANTAN – Seorang wanita berusia 24 tahun berdepan detik cemas apabila terkandas di beting pasir di Pantai Balok di sini selepas tidak menyedari air laut mula pasang pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.37 pagi.

Menurutnya, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng dengan sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa dikatakan turun ke beting pasir sebelum air pasang hingga menyebabkan dia terkandas.

"Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat menggunakan bot getah untuk membawa mangsa merentasi air sedalam kira-kira satu meter ke kawasan selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

**media[3496535]**

Beliau berkata, lokasi mangsa dianggarkan kira-kira 100 meter dari sisir pantai dan mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Sehubungan itu, Mohd Salahuddin menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan berada di beting pasir ketika perubahan air laut.

Beliau menambah, ini kerana kawasan tersebut boleh ditenggelami dalam tempoh singkat apabila air pasang.

"Orang ramai juga digalakkan menyemak jadual pasang surut, tidak berada di kawasan berisiko secara bersendirian.

"Kalau boleh sentiasa mengenal pasti laluan selamat bagi mengelakkan kejadian sama berulang," tegasnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved