15 pelajar, 3 warden berdepan detik cemas pusat tahfiz terbakar

2 Apr 2026 • 10:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kebakaran di tingkat tiga Maahad Tahfiz Sains Al Insyiriah menyebabkan kira-kira 50 peratus kemusnahan.

JOHOR BAHRU – Seramai 15 pelajar dan tiga warden berdepan detik cemas selepas Maahad Tahfiz Sains Al-Insyiriah di Taman Tampoi Utama di sini terbakar pada petang Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Amimuzamam Aini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 petang.

Seramai 20 anggota, dibantu BBP Kempas serta satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan bangunan jenis kekal tiga tingkat. Kebakaran berlaku di tingkat tiga iaitu tempat penginapan pelajar dan guru.

“Seramai 15 pelajar dan tiga warden berjaya keluar dengan selamat sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, anggaran kemusnahan kira-kira 50 peratus dan operasi memadam kebakaran selesai pada pukul 6.09 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved