Tak sedarkan diri, lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta

25 Apr 2026 • 11:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta sebelum disahkan meninggal dunia. Foto tular

IPOH - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan di Jalan Taman Ng Wan Hup, Taman Pertama di sini petang Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.25 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi kejadian sejauh 10 kilometer.

"Mangsa berusia 54 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang berkunci.

"Setelah pintu berjaya dibuka, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan malam Sabtu.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi tamat pada 7.10 malam.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved