'Tahniah Datuk Azizulhasni, rakyat Malaysia bangga' - PM

25 Apr 2026 • 10:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azizulhasni meraikan kejayaannya selepas menjuarai dalam acara Akhir Keirin Lelaki pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Velodrom Nasional. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang atas kejayaan merangkul pingat emas acara keirin lelaki pada Kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan, malam Sabtu.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan yang dikecapi pelumba yang terkenal dengan julukan "The Pocket Rocketman” itu. 

"Tahniah buat Datuk Azizulhasni Awang atas kejayaan gemilang. Rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan ini,” kata Perdana Menteri.

Persembahan cemerlang pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menyaksikan beliau menewaskan pencabar utama yang juga juara dunia Harrie Lavreysen dari Belanda di tempat kedua, manakala wakil Trinidad dan Tobago Nicholas Paul terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Kejayaan itu adalah kemenangan kedua Azizulhasni dalam siri Piala Dunia musim ini selepas menjuarai acara sama di Perth, Australia pada Mac lepas.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved