Tak semestinya juri datang dari latar seorang cikgu – Syafinaz Selamat

Music
6 Aug 2026 • 2:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tak semestinya juri datang dari latar seorang cikgu – Syafinaz Selamat

PETALING JAYA – “Tidak semestinya juri perlu menjadi (datang dari latar belakang) seorang cikgu.”

Demikian kata guru vokal dan penyanyi Datuk Syafinaz yang berpendapat individu duduk di kerusi juri mana-mana pertandingan tidak semestinya perlu menjalankan tugas sebagai guru dan perlu mengajar para peserta ketika memberi komen.

Menurut Syafinaz, juri juga tidak semestinya perlu memberi komen secara teknikal sebaliknya boleh mencari ‘angle’ lain berkaitan persembahan para peserta.

“Adakalanya mungkin bahasa teknikal agak sukar untuk disebut kerana bukan sesuatu yang digunakan dalam pertuturan harian.

“Tapi kita boleh ambil input dari pengalaman barisan juri muda seperti di Big Stage Rocketfuel. Sebenarnya, kadang-kadang saya sendiri pun ada orang komen sebab cakap terlalu teknikal dan sukar untuk faham.

“Jadi untuk juri, mungkin perlu fikirkan ‘angle’ tertentu untuk dikupas kepada para peserta yang bertanding. Tak akan nak cakap benda sama setiap minggu,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia berkata, setiap juri juga perlu melakukan sedikit ‘research’ dalam pelbagai elemen termasuk muzik, persembahan, penyampaian emosi, tarian dan bagaimana cara bawa diri atas pentas kepada para peserta.

“Macam saya sendiri yang sudah bertahun-tahun jadi juri, adakalanya saya pun tidak tahu apa lagi nak cakap kepada para peserta sebab sudah beritahu semua.

“Contohnya, ada perkara yang sudah cakap pada pertandingan lain kemudian program lain pula perlu komen isu lain.

“Kadang-kadang kita kena ulang benda yang sama cuma isu macam perkara asas seperti berkaitan muzik, pitch, tempo dan semua itu memang tak boleh nak lari,” jelasnya.

Sebelum ini, kemunculan Syafinaz menjadi juri jemputan dalam program Big Stage Rocketfuel minggu lalu mendapat pujian ramai kerana memberi komen berbentuk mengajar kepada para peserta bertanding. – KOSMO! ONLINE

The post Tak semestinya juri datang dari latar seorang cikgu – Syafinaz Selamat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved