Tak Sempat Naik, Pelajar UPSI Terselamat Tragedi Bas Terbalik – “Lewat 15 Minit Rupanya Pisahkan Anak Saya Dengan Maut”

10 Jun 2025 • 11:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kisah salah seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang tidak sempat menaiki bas untuk pulang ke kampus menjadi bualan ramai di media sosial.

Menurut Sinar Harian, Nur Adilah Mohd Rusdi, 20, sepatutnya menaiki bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Jeli-Gerik sehingga mengorbankan 15 nyawa pelajar UPSI awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kerana kesesakan lalu lintas, anak kelima daripada tujuh beradik itu tidak sempat menaiki bas yang disewa khas itu dari Masjid Hadhari, Jertih yang dijadualkan bergerak pada jam 9 malam, Ahad.

image is not available

Ibu Nur Adilah, Rosyidah Husien, 50, berkata suaminya Mohd Rusdi Ramli, 55, yang membawa anak mereka itu tiba di perkarangan masjid 15 minit selepas bas sudah bergerak.

Lewat 15 minit rupa-rupanya memisahkan anak saya dengan maut.

Apabila dihubungi, pemandu memaklumkan bas akan berhenti di Machang, namun suami enggan menghantar hingga ke Machang kerana jaraknya yang agak jauh.

image is not available

Nur Adilah akhirnya menumpang bapa saudaranya yang kebetulan turut bertolak menuju ke Kuala Lumpur sekitar jam 12 tengah malam.

Tambahnya, Nur Adilah ada cuba menghubungi rakan-rakan sekitar jam 1 pagi namun tiada jawapan dan kemudian dihubungi semula oleh rakannya sekitar 2 pagi memberitahu bahawa bas itu terlibat kemalangan.

Lebih mengejutkan, polis turut menghubungi anak saya dan memaklumkan namanya tersenarai sebagai seorang daripada penumpang bas tersebut.

Sebenarnya tempat duduk yang sepatutnya diduduki anak saya ialah nombor sembilan, tetapi malam tadi ia diduduki oleh rakannya.

image is not available

image is not available

image is not available

Kata Rosyidah, meskipun bersyukur kerana terselamat namun Nur Adilah sehingga kini masih trauma dengan apa yang berlaku kepada rakan-rakannya dan enggan ditemu bual.

Selain Nur Adilah, seorang lagi rakan anaknya turut terselamat kerana tidak menaiki bas tersebut setelah dimasukkan ke Hospital Besut akibat demam.

image is not available 3 hours ago

Nahas Pelajar UPSI: Mangsa Terselamat Kongsi Detik Selepas Kemalangan - "Saya Nampak Darah, Rakan Menjerit, Tersepit..."