Tak Sempat Nak Masak, 2 Resipi Mudah Ini Dicipta Untuk Mereka Yang Sibuk

CookingHome & Living
12 Nov 2022 • 4:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Resepi mudah ini boleh dinikmati pada bila-bila masa juga sesuai sebagai bekal ke pejabat. - Gambar ihsan Happiee!

Memasak bukanlah tugas yang mudah bagi sesetengah orang. Lebih-lebih lagi jika perlu menjalani rutin harian yang sibuk. 

Ada sahaja halangan yang membuatkan tugasan memasak terpaksa dilupakan. Namun, dengan adanya pelbagai pilihan makanan mudah dimasak, anda sebenarnya boleh menikmati makanan yang dimasak sendiri dengan selesa di rumah.

Salah satu jenama makanan ringan sihat yang boleh anda jadikan pilihan ialah Happiee!. HAPPIEE!™ ialah rangkaian makanan laut berasaskan tumbuhan dan daging yang berkhasiat untuk sesiapa sahaja yang ingin menjalani hidup sihat melalui kebaikan tumbuhan yang berkhasiat. 

Jenama ini dihasilkan untuk melengkapkan semua hidangan anda, membolehkan anda mengamalkan diet berasaskan tumbuhan tanpa mengorbankan rasa. Fishiee Sticks dan Fishiee Patties yang diperbuat daripada konjac contohnya adalah bebas kolesterol, tinggi serat dan rendah kalori. Jadi anda boleh makan tanpa rasa bersalah atau ragu-ragu.

Jom ikuti resepi mudah berikut untuk anda nikmati pada bila-bila masa. Boleh juga sediakan untuk bekal ke pejabat.

image is not available
Wasabi Mayo Fishiee Sticks Wrap - Gambar ihsan Happiee!

Wasabi Mayo Fishiee Sticks Wrap

Masa penyedian : 30 Minit

Saiz hidangan : 2 orang 

Bahan-bahan:

3 - 4  jejari Fishiee

2 bungkus tortilla (mengikut pilihan sendiri)

1 sudu teh serbuk wasabi (dibancuh dengan 1 sudu teh air)

1 sudu teh perahan jus lemon

1/2 cawan mayonis

½ cawan salad ‘aisberg’ yang dicincang

Cara penyediaan:

1. Panaskan kepingan tortilla mengikut arahan pada bungkusan jenama pilihan anda.

2. Satukan campuran wasabi, jus lemon, dan mayonis dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga rata dan sebati.

3. Goreng Fishiee Sticks sehingga perang keemasan sama ada menggunakan kaedah biasa atau menggunakan air fryer.

4. Sapukan wasabi mayo secara rata di atas tortilla yang dipanaskan, dan letakkan dua jejari Fishiee Sticks di atasnya.

5. Letakkan sejumlah salad yang anda mahukan dan bungkus.

6. Sedia untuk dihidangkan

image is not available
K-Bagel Fishiee Patty Burger dengan Kimchi Slaw - Gambar ihsan Happiee!

K-Bagel Fishiee Patty Burger dengan Kimchi Slaw

Masa penyediaan : 30 minit

Saiz hidangan : 2 orang

Bahan-bahan:

2 kepingan Fishiee Patty

2 bagel bijan

1 cawan slaw (atau coleslaw) 

1 cawan kimchi

1 sudu kecil bijan

2 sudu kecil sos bbq korea

Cara penyediaan: 

1. Belah dua (memanjang) setiap bagel dan panaskan seketika di atas kuali tanpa minyak.

2. Goreng Fishiee Patty sehingga ia masak kuning keemasan. Salutkan sepenuhnya dengan sos bbq Korea dan letakkan di atas kepingan bagel di bahagian bawah. Taburkan bijan.

3. Satukan slaw dengan kimchi dan gaul sehingga sebati.

4. Ratakan 1 - 2 sudu besar kimchi slaw di atas kepingan Fishiee Patty.

5. Letakkan lapisan atas bagel dan hidangkan bersama lebihan kimchi slaw yang disediakan tadi. - Getaran, 12 November 2022 

Selamat mencuba!