Durian Dibakar Lalu Disalut Keju, Menu Unik Ini Jadi Pilihan Ramai Di Singapura

Entertainment
12 Nov 2022 • 12:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di Malaysia, makanan akan lebih mudah viral dan mendapat perhatian pelanggan jika ditambah dengan perasa yang unik. Sebagai contoh, jagung ditambah keju, kerokok lekor ditambah keju dan pelbagai jenis makanan lain yang ditambah dengan keju.

Namun, tidak semua makanan sesuai dimakan bersama dengan keju kan?

Durian bakar bersalut keju!

Sebuah gerai durian di Singpura mendapat perhatian ramai selepas mereka menawarkan menu durian bakar bersalut dengan keju. Ya, anda memang tidak salah baca. Durian dimakan bersama keju!

image is not available

image is not available

Menerusi video berdurasi selama 17 saat yang tular itu, pekerja di gerai itu akan membakar durian di satu tempat khas dengan menggunakan arang. Proses pembakaran ini difahamkan dilakukan selama beberapa minit.

Kemudian, pekerja gerai akan meletakkan keju dan membakarnya bersama isi durian yang sudah dibakar menggunakan arang tadi. Hasilnya, isi durian kelihatan berwarna kuning keemasan dengan kesan hitam keju yang dibakar. Nampak enak!

@travlim

Replying to @Sentosaimage is not available awesome grilled durian!

♬ original sound – L60 HEG

Reaksi warganet

Video ini ternyata mendapat reaksi warganet yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan idea isi durian dicampur bersama keju. Jelas sesetengah individu, ia kelihatan pelik dan memualkan.

“Nooooo leave durian alone!!!”, komen seorang individu yang tidak bersetuju dengan menu ini.

Namun, ada juga sesetengah individu yang memuji menu ini dan menyatakan hasratnya untuk mencuba isi durian bersalut keju di gerai ini.

image is not available

Beranikah anda mencuba menu ini?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.