Tak sempat solat Jumaat, dua sepupu maut motosikal rempuh lori

12 Apr 2025 • 9:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua sepupu maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Gambir, 34, Bandar Baru Bukit Gambir di sini, pada Jumaat.

TANGKAK - [DIKEMAS KINI] Dua sepupu maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Gambir 34, Bandar Baru Bukit Gambir di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa Muhammad Farhan Danial Mohd Fauzi, 17, dan Muhammad Afiq Rusyaidi Abdul Rashid, 18, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah untuk bersiap menunaikan solat Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggang mangsa hilang kawalan sebaik tiba di lokasi sebelum melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori jenis Nissan MK36 berwarna hijau.

“Lori berkenaan diletakkan di bahu kiri jalan. Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Azmi Ibrahim di talian 011-12445836 bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved