Tak Sempat Tatap Wajah Bayi, Ibu Muda Hembus Nafas Terakhir Selepas Bersalin

LocalFamily & Parenting
17 Jul 2025 • 10:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Tak Sempat Tatap Wajah Bayi, Ibu Muda Hembus Nafas Terakhir Selepas Bersalin

Seorang ibu muda dikenal sebagai Ain Farhana Binti Mohd Fadzli, 27, telah menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak keduanya akibat komplikasi di bahagian kepala.

Ibu muda tak sempat tatap wajah bayi

Lebih menyentuh hati, arwah tidak sempat pun menatap apatah lagi menyusukan bayinya sendiri.

image is not available

Sebak bila suami ibu muda tersebut mengucup lembut dahi allahyarham

Momen menyayat hati itu dikongsikan oleh @Mr Wan Chai Official di media sosial apabila memaparkan detik-detik akhir pengurusan jenazah Ain yang diiringi linangan air mata si suami.

Dapat dilihat suaminya memberikan kucupan terakhir kepada jenazah isterinya dengan penuh rasa kehilangan dan redha.

Suami sifatkan ibu muda berkenaan sebagai isteri terbaik

Difahamkan, kelahiran ini adalah cahaya mata kedua dalam rumah tangga pasangan berkenaan.

Suaminya dalam nada sebak menyifatkan arwah sebagai “isteri terbaik” dan turut memimpin bacaan doa sebelum jenazah dikebumikan.

Semoga allahyarham ditempatkan di syurga

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata sebak melihat jenazah ibu muda itu yang tidak sempat menatap wajah dan menyusukan bayinya disebabkan terlebih dahulu dijemput oleh Ilahi.

Mereka juga menzahirkan ucapan takziah kepada suami dan keluarga allahyarham serta mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

image is not available

Al-Fatihah buat bidadari syurga

image is not available

Semoga suami dan keluarga tabah harungi ujian

image is not available

Pemergian Ain menjadi peringatan tentang pengorbanan besar seorang ibu. Bersalin di dunia, berpantang di syurga. Semoga keluarga ini terus tabah dan diberi kekuatan menghadapi ujian besar ini.

Sumber: Instagram mr_wan_chai