Alami Pendarahan Dalam Otak, Ibu Muda Syahid Selepas Melahirkan Anak Kedua

LocalFamily & Parenting
17 Jul 2025 • 10:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ibu Muda

Hati siapa yang tak luluh apabila insan tercinta pergi buat selama-lamanya, lebih-lebih lagi selepas melahirkan zuriat ke dunia.

Itulah takdir yang menimpa ibu muda berusia 27 tahun yang menghembuskan nafas terakhir akibat pendarahan otak.

Ibu muda syahid selepas melahirkan anak kedua

image is not available

Pemergian Ain Farhana dikongsi Pengerusi, Pengasas dan Sukarelawan Unit Khas Van Jenazah dikenali Mr Wan Cai di Facebook.

Dalam beberapa hantaran, kelihatan suami arwah bersama pasukan pengurusan jenazah menguruskan jenazah sehingga ke liang lahad.

Pemergian arwah adalah ‘syahid’ kerana meninggal dunia ketika melahirkan dan kini dianggap syahidah di sisi Allah.

Tatkala seorang ibu menghembus nafas terakhirnya demi menghadirkan zuriat ke dunia, syahidnya di sisi Allah. Dan seorang suami yang tabah menerima takdir itu, memikul cinta dan amanahnya ke syurga.

Anak masih kecil, tak mengerti erti kehilangan

image is not available

Lebih menyayat hati, anak sulung arwah yang baru berusia dua tahun masih belum memahami apa itu erti kehilangan.

Wajah ibu tidak lagi tersenyum, tiada lagi suara menenangkan tangis, tiada lagi pelukan menahan dunia, kerana kasih itu telah pergi dibawa angin ke negeri abadi.

Dalam satu lagi perkongsian, Mr Wan Cai meluahkan betapa pedihnya perasaan melihat si kecil kehilangan pelukan dan belaian kasih ibu pada usia yang sangat mentah.

Pssttt! Semoga roh Allahyarhamah Ain Farhana ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan keluarganya terus diberi kekuatan untuk meneruskan hidup.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.