Tak Sempat Tatap Wajah, Warga Emas Ziarah Pusara Anak Undang Sebak – “Ayah Balik Ya..”

LocalFamily & Parenting
21 May 2025 • 11:42 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Tak sempat tatap wajah

Kehilangan anak kandung menjadi antara ujian paling berat dalam hidup seseorang, khususnya bagi ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan realiti kehilangan zuriat yang pernah menjadi pelengkap hidup mereka.

Biarpun masa terus berjalan dan hari silih berganti, kesan kehilangan tersebut sering kekal dan menjadi luka yang sukar sembuh buat selamanya.

Begitu lah yang dirasai oleh seorang warga emas yang terpaksa akur kehilangan anak lelaki tersayang yang dipercayai meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 10 April lalu.

Tak sempat tatap wajah

@khaleedaorked

Jatuh jugak airmata seorang AYAH di hadapan pusara anak, ayah yang selama ini tak pernah tunjuk sedih, kalau sakit tak nak bgtahu anak2 taknak susahkan anak2 #fyp #simpansinibuatkenangan

♬ original sound – khaleedaorked – khaleedaorked

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Khaleeda Orked di laman TikToknya, dia berkata ibu bapanya berada di Sabah pada waktu kejadian dan tidak sempat untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Ibu bapanya hanya berpeluang menziarahi kubur arwah yang dikenali sebagai Muhamad Fauzan Johan sebaik sahaja tiba di Semenanjung.

Tak sempat tatap wajah

image is not available

image is not available

Dalam perkongsian itu, dapat dilihat bapa kepada 10 orang cahaya mata tersebut tidak dapat menahan sebak sebelum meninggalkan pusara anak lelakinya.

“Jatuh juga air mata seorang ayah di hadapan pusara anak, ayah yang selama ini tak pernah tunjuk sedih, kalau sakit tak nak beritahu anak-anak,” ujar Khaleeda.

Dalam pada itu, Khaleeda berjanji akan menjaga dua orang anak yang ditinggalkan arwah dan berharap Muhamad Fauzan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Sumber: TikTok @KhaleedaOrked