“Tak sensitif” – Ayat Al-Quran Disalah Guna, Poster Filem Indonesia ‘Sijjin’ Dikecam

Entertainment
26 Dec 2023 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Poster merupakan salah satu cara pemasaran yang biasa digunakan dalam mempromosikan filem sejak dahulu lagi.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah poster filem seram dari negara seberang yang menggunakan ayat Al-Quran di poster mereka dan ianya dikecam kerana poster itu dilihat seperti tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Dalam poster tersebut, dilihat beberapa baris ayat Al-Quran serta kalimah Allah diletakkan di atas kain hitam, membaluti seorang wanita yang kelihatan dirasuk.

image is not available

Malah, dalam satu lagi poster filem tersebut kelihatan beberapa individu yang memakai telekung serba putih mengerumuni jenazah yang tidak ditutup mukanya serta berkain kafan.

Perkara itu sudah pastinya menimbulkan rasa marah peminat filem terutama sekali buat mereka yang beragama Islam.

image is not available

Isu poster filem Sijjin ini telah pun mendapat perhatian pihak atasan, menurut laporan Berita Harian, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sudah mengarahkan pengedar filem seram terbitan syarikat produksi Indonesia itu untuk menarik balik dan membuat penukaran poster.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pihak FINAS sudah berbincang berkenaan isu itu dan mengarahkan supaya membuat penukaran kepada poster baharu.

“FINAS ambil maklum tentang isu ini dan kami minta dan mengarah GSC untuk menarik balik serta menukar poster filem ini,” katanya.

Sebagai info, Sijjin diadaptasi daripada filem seram box office dari Turkiye akan menemui penonton tempatan bermula 28 Disember ini.

Sumber: X, Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.