“Tak Sensitif” – Jatuh Pada Bulan Ramadan, Peminat Kecam Penganjur Konsert K-Pop NCT Wish Di KL

LocalEntertainment
22 Jul 2025 • 3:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kalau artis luar, tak kisah lah dari mana pun, sudah semestinya kena menghormati budaya dan agama di Malaysia kan?

Terbaru, kumpulan K-Pop iaitu NCT Wish bakal membuat kemunculan buat julang kalinya di Malaysia apabila mereka mengumumkan konsert ‘INTO THE WISH : Our WISH’ di Kuala Lumpur tak lama nanti.

Walau bagaimanapun, pengumuman itu dibanjiri kecaman peminat tempatan sejurus selepas ia dimuat naik di media sosial. Tapi kenapa?

Bakal berlangsung pada 7 Mac 2026, tarikh konsert itu sebenarnya jatuh di dalam bulan Ramadan pada tahun akan datang. Lantaran itu, ramai yang menghencap penganjur kerana kurang peka dengan sensitiviti keagamaan penganut Islam di Malaysia ini.

Kata peminat, “Macam mana kau boleh terfikir buat konsert masa bulan puasa. Tukar tarikh lah.”

image is not available

Pun begitu, penganjur konsert berkenaan masih belum lagi memberikan sebarang respon mengenai hal berkenaan dan tuntutan peminat yang kecewa.

image is not available 2025-06-03 17:56:04

Bintang K-Pop, RIIZE Bakal Adakan Konsert Di Kuala Lumpur Ogos Ini!