Tak Serik Cetus Kontroversi, Jocelyn Chia Sudah Dibuang Keluarga Sendiri?

26 Jul 2023 • 3:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selepas satu persatu kontroversi yang dibangkitkan oleh pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia, hari ini kecoh pula dia didakwa telah dibuang oleh keluarganya sendiri.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu yang menggunakan nama Anthony Chia Whye Liang beberapa hari lalu, dia dan isteri tidak mahu menganggap Jocelyn sebagai anak mereka.

“Perbuatannya menunjukkan saya gagal membesarkan dia menjadi manusia yang lebih baik untuk masyarakat.

“Masyarakat berhak dapat lebih baik daripada ini,” menurut ciapan Twitter didakwa milik bapa Jocelyn.

Baca boleh, percaya jangan

Pun begitu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen enggan untuk mempercayai ciapan terbabit kerana mendakwa akaun tersebut hanyalah palsu.

image is not available
image is not available

Jocelyn buat fake akaun?

Bukan itu sahaja, ramai yang percaya akaun tersebut telah dibuat oleh Jocelyn sendiri bagi kaburi mata rakyat Malaysia untuk menutupkan kesalahan yang dilakukannya sebelum ini.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Terdahulu, nama menjadi bualan hanat ramai apabila mencetuskan kontroversi mengenai kehilangan pesawat penerbangan Malaysia, MH370 sebagai bahan jenakanya dalam satu persembahan komedi bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat, Jun lalu.

Malah, baru-baru ini juga dia sengaja mempuat provokasi dengan mengalu-alukan vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy utnuk diletakkan sebagai individu senarai hitam kerajaan Malaysia selain turut mempersoalkan Malaysia tidak mengarahkan Polis Antarabangsa (Interpol) menahan kumpulan itu.

Sumber: Twitter @Anthony Chia Whye Liang