Tular Dakwaan Dibuang Keluarga, Jocelyn Chia Sahkan Akaun Twitter ‘Bapanya’ Palsu

Entertainment
26 Jul 2023 • 5:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial apabila seorang lelaki mendakwa sebagai bapa pelawak Jocelyn Chia, membuat pengumuman terbuka telah membuang anaknya daripada keluarga mereka.

Menerusi hantaran itu di Twitter, lelaki yang menggunakan nama akaun Anthony Chia Whyne Liang menyatakan dia dan isterinya tidak mengiktiraf Jocelyn sebagai anak lagi sehingga mereka meninggal dunia susulan kontroversi yang dicetuskan pelawak itu.

“Perbuatannya menunjukkan saya gagal membesarkan dia menjadi manusia yang lebih baik untuk masyarakat.

“Masyarakat berhak dapat lebih baik daripada ini,” tulisnya.

image is not available

Rupanya akaun palsu

Bagaimanapun, pengguna Twitter berasa sangsi dengan kewujudan akaun tersebut kerana ia baru dibuat pada bulan ini serta beberapa hantaran yang disifatkan ‘pelik’.

Malah, ramai yang mendakwa hantaran itu hanyalah gimik apabila diselidik, akaun itu pernah membuat hantaran berbangga dengan anaknya.

Terkini, Jocelyn memaklumkan akaun yang mendakwa sebagai bapa kepadanya itu adalah palsu. Dia juga meminta agar para pengguna Twitter untuk melaporkan mengenai akaun palsu tersebut agar disekat.

Terdahulu, Jocelyn dikecam orang ramai apabila menggunakan kes The 1975 untuk memperlekeh Malaysia.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.