“Tak sertai Olimpik” – Ketua Pasukan Gimnas Wanita Jepun Dihantar Pulang Kerana Merokok

Entertainment
19 Jul 2024 • 4:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang atlet gimnastik Jepun dihantar pulang dari Olimpik Paris selepas didakwa melanggar undang-undang larangan merokok.

Atlet berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Shoko Miyata itu meninggalkan kem latihan Jepun di Monaco pada Khamis lalu ketika pegawai menyiasat insiden tersebut.

Remaja yang juga merupakan kapten pasukan gimnastik artistik wanita negaranya itu kembali ke Jepun malam itu selepas siasatan menemui dia telah melanggar peraturan Persatuan Gimnastik Jepun.

image is not available

“Dengan pengesahan dan selepas perbincangan dengan semua pihak, telah diputuskan bahawa dia akan menarik diri daripada Sukan Olimpik,” kata setiausaha agung Persatuan Gimnastik Jepun, Kenji Nishimura kepada pemberita di Tokyo.

Nishimura juga berkata Miyata kelihatan ‘letih’ ketika berada di kem tersebut dan Mutsumi Harada, jurulatih peribadi Miyata, berkata gimnas itu mempunyai masalah dengan tekanan untuk bersaing di temasya itu.

“Dia menghabiskan hari-harinya dengan tekanan yang begitu banyak. Saya akan memohon orang ramai untuk memahami situasinya,” kata Harada.

Sebagai info, Miyata memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Dunia 2022 di Liverpool dan diberi tanggungjawab untuk mengetuai pasukan gimnastik wanita Jepun.

Jepun menyasarkan untuk memperoleh pingat pasukan gimnastik artistik pertama mereka sejak Olimpik Tokyo 1964.

Sumber: BBC

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.