“Kita Perempuan Biar Muka Tak Cantik, Tapi Tak Rebut Kebahagiaan Wanita Lain” - Mimi Lana

26 Sep 2024 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Mimi Lana berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila berkongsi status mengenai penyondol.

Jangan rebut kebahagiaan wanita lain. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, pemilik nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin itu menyatakan bahawa seorang wanita tidak seharusnya merebut kebahagiaan wanita lain bagi kepentingan diri sendiri.  

        View this post on Instagram                      

A post shared by MIMS (@missmimilana)

“Kita perempuan ni, biar muka tak cantik.Tapi yang penting kita tidak merebut kebahagiaan wanita yang lain. #Andaitiadadia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen. 

Sementara itu, menerusi ruangan komen dapat dilihat beberapa selebriti turut bersetuju dengan kapsyen yang ditulis pelakon The Experts itu.

“Setuju,” komen Bella Astillah beserta emoji hati.

“Love kapsyen awak dan love awak juga,” komen Eyka Farhana.

“Salute dan setuju dengan kapsyen,” komen Nana Sheme.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menyatakan pendapat yang sama.

“Suka caption, win.

“Sokong, deep ayat dia.

“Ya 200% setuju dengan statement Mimi,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, tiada sebarang tujuan terperinci yang dinyatakan tentang mengapa perkongsian tersebut dimuat naik melainkan hanya ada tanda pagar drama berjudul Andai Tiada Dia.