Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

LocalCars
9 Jan 2026 • 5:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sempena  tawaran Prosperity untuk Tahun Baru Cina kali ini, Chery Malaysia menawarkan tawaran rebat sehingga RM16,888  bagi beberapa model terpilih kepada para pembeli di negara ini .

Antara model yang diberi tawaran sehingga RM16,888 adalah TIGGO 8 PRO, manakala model paling laris Chery seperti Tiggo Cross   (HEV), Tiggo Cross Turbo, Tiggo 8 PHEV dan Tiggo 7 PHEV pula diberikan rebat sebanyak RM6,888.

image is not available

Sementara itu, Tiggo 7 Pro pula ditawarkan dengan penjimatan RM11,888.

BERIKUT ADALAH PERINCIANNYA:

image is not available

Untuk menjadikan Tahun Baru ini lebih istimewa, pelanggan yang memilih membeli kenderaan Chery berwarna merah untuk model terpilih akan menikmati rebat tambahan RM1,000, meraikan warna yang melambangkan tuah dan kebahagiaan.

image is not available

Chery Malaysia akan terus menawarkan jaminan bateri percuma sehingga 10 tahun atau 200,000 KM untuk semua model PHEV. Perlindungan lanjutan bernilai RM3,000 ini merangkumi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan, dan terpakai untuk pembelian baharu serta pemilik sedia ada TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV.

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026. 

Untuk maklumat lanjut Chery, sila layari www.chery.my atau ikuti laman Facebook rasmi Chery Malaysia di https://www.facebook.com/cherymalaysiaofficial.